Sate maranggi
Sate maranggi

Sate maranggi

Sate maranggi (Tulisan Sunda: ᮞᮒᮦ ᮙᮛᮀᮌᮤ) merupakan makanan khas Sunda, Indonesia yang biasa ditemukan di Jawa Barat terutamanya di Purwakarta. Kuah sate maranggi terbuat dari oncom yang menghasilkan citarasa yang unik.[1]Sebahagian penjaja sate maranggi menjajakannya dengan cara berkeliling. Yang membezakan sate maranggi dengan sate lainnya adalah proses perendaman daging dalam rempah, sebelum dibuat menjadi sate dan dimasak kerana proses perempahan inilah, maka sate maranggi disajikan tanpa kuah.[2]Rempah rendamannya terbuat daripada kicap manis dan beberapa jenis rempah, seperti halia, ketumbar, lengkuas, kunyit dengan sedikit cuka untuk memberikan sedikit rasa masam.[1]Selain bersama nasi putih, sate maranggi ini boleh juga dihidangkan dengan lontong, pulut bakar tambah sambal oncom atau bersama nasi timbel.[3]

Rujukan

WikiPedia: Sate maranggi http://www.cidahu.com/330/cara-membuat-sate-marang... http://www.detikfood.com/index.php/detik.read/tahu... http://www.liputan6.com/daerah/?id=149487 http://www.liputan6.com/daerah/?id=149639 http://lifestyle.okezone.com/index.php/ReadStory/2... http://Sate%20Maranggi%20Pak%20Jaya https://travel.kompas.com/read/2016/05/20/20020072... https://budaya-indonesia.org/Sate-Maranggi-1 https://budaya-indonesia.org/Sate-Maranggi-Cianjur https://budaya-indonesia.org/Sate-Maranggi-Khas-Pu...